SOALAN LAZIM

Soalan Lazim (Kakitangan)

1. Bagaimanakah saya boleh membuat laporan mengenai kerosakan?

Anda boleh membuat aduan melalui Portal MyUPSI. Sila rujuk prosedur/manual pengguna.

2. Bagaimanakah cara saya membuat tempahan untuk dewan, ruang dan peralatan?

Anda boleh membuat tempahan melalui Portal MyUPSI. Sila rujuk Tempat, Peralatan dan Hiasan untuk Acara/Acara Universiti Garis Panduan Permohonan Perkhidmatan Penyediaan.

3. Bagaimanakah cara saya memohon untuk menggantung kain rentang/bunting?

Anda boleh memohon dengan mengisi borang permohonan untuk menggantung kain rentang/bunting. Borang boleh dimuat turun melalui laman web JPPHB (https://jpphb.upsi.edu.my) atau hadir ke pejabat:

Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Harta Benda
Aras 7, Bangunan E-Learning

Soalan Lazim (Pelawat)

1. Bagaimana saya boleh menyewa booth, dewan dan peralatan di UPSI?

Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat kepada:

PENGARAH
Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Telefon : +605 450 5990
Faks : +605 458 2778

2. Apakah prosedur pembelian tender?

Sila rujuk Tatacara Penyertaan untuk Tender.

3. Bagaimanakah saya boleh mengetahui tentang tender terkini?

Anda boleh layari laman web ini https://bendahari.upsi.edu.my/ atau hadir ke pejabat kami di:

Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Harta Benda
Aras 7, Bangunan E-Learning

4. Bagaimanakah cara saya membuat permohonan untuk menggantung kain rentang/bunting di UPSI?

Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat kepada:

PENGARAH
Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Telefon : +605 450 5990
Faks : +605 458 2778