PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
  2. Memastikan lawatan ‘Pemeriksaan Awal’ dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima aduan kerosakan secara dalam talian.
  3. Memastikan  pemantauan kemudahan, peralatan dan perkhidmatan di dewan/bilik kuliah di bawah kawalan JPPHB dilakukan secara berkala sebulan sekali.
  4. Memastikan kelulusan tempahan ruang dan peralatan bagi acara/majlis universiti dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Menyediakan dokumen Kontrak yang lengkap dan sempurna dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (L.A) atau salinan Pesanan Belian (P.O) dikeluarkan.
  6. Memastikan dokumen  tuntutan disemak dan dinilai dalam tempoh  sembilan (9) hari bekerja serta perakuan bayaran dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penerimaan tuntutan yang lengkap sebelum dihantar ke Jabatan Bendahari.
  7. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.