LATAR BELAKANG

Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) telah ditubuhkan seiring dengan penubuhan UPSI.  JPPHB dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan.  Fungsinya adalah untuk menetapkan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan bagi seluruh kampus.  Pada 1 Mac 2002, bahagian ini telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda.

Peranan JPPHB adalah untuk melaksanakan pembangunan fizikal dan infrastruktur Universiti bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan pada Misi dan Visi Universiti, seperti berikut ;

1.  JPPHB berperanan sebagai sumber rujukan atau penasihat dalam aspek teknikal yang berkaitan dengan pembangunan fizikal Universiti. Menangani perancangan dan pelaksanaan projek-projek yang          terlibat dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun supaya selaras dengan rencana jangka panjang Universiti.
2.  Menguruskan perancangan dan pelaksanaan projek penyelenggaraan untuk seluruh prasarana termasuk aset Universiti seperti sistem pembuangan air kotor, sistem perparitan, sistem air perpaipan,         lanskap, sistem mekanikal, sistem elektrik dan sistem telekomunikasi.
3.  Mengurus perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan bagi semua bangunan terutamanya yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti ruangan                 kuliah, sistem makmal dan ICT.
4.  Memantau dan mengawasi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bermula daripada tahap briefing, diikuti dengan pelaksanaan di tapak, sehinggalah kepada pengguna akhir.
5.  Menguruskan pembelian dan pendaftaran aset