1. Bagaimanakah cara untuk saya membuat laporan aduan kerosakan?

Anda boleh membuat aduan kerosakan melalui MyUPSI Portal. Sila rujuk prosedur/manual pengguna.

2. Bagaimanakah cara untuk saya membuat tempahan dewan, ruang dan peralatan?

Anda boleh membuat tempahan melalui MyUPSI Portal. Sila rujuk Garis Panduan Permohonan Perkhidmatan Persiapan Tempat, Peralatan dan Perhiasan untuk Majlis/Acara Universiti.

3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan menggantung banner/bunting?

Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan penggantungan banner/bunting. Borang boleh dimuat turun melalui laman web JPPHB (http://jpphb.upsi.edu.my) atau kunjungi kami di lokasi berikut:

Pejabat Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Harta Benda
Aras 7, Bangunan E-Learning.