Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut;

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh masa lima (5) minit.
  2. Mengambil tindakan segera terhadap aduan-aduan kerosakan yang diterima daripada pelanggan dalam tempoh seperti berikut:
    1. Aduan-aduan kecemasan : 24 jam
    2. Aduan-aduan biasa : tiga (3) hari bekerja (pemeriksaan awalan)
  3. Memastikan pemantauan kemudahan, peralatan dan perkhidmatan di dewan/bilik kuliah di bawah kawalan JPPHB dilakukan secara berkala sebulan sekali.
  4. Memastikan kelulusan tempahan ruang dan peralatan bagi acara/majlis universiti dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Menyediakan Dokumen Kontrak yang lengkap dan sempurna dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (L.A) atau salinan Pesanan Belian (P.O) dikeluarkan.
  6. Memastikan pengesahan dokumen pembayaran dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas penerimaan tuntutan yang lengkap dan sempurna sebelum dihantar ke Jabatan Bendahari.