PROGRAM PENGURUSAN TENAGA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENDAHULUAN

Selaras dengan kenaikan tarif elektrik TNB pada bulan Jun 2011, semua pihak termasuk IPTA telah diminta untuk mengambil langkah-langkah penjimatan tenaga bagi memastikan kenaikan kos tarif tersebut tidak terlalu membebankan kewangan organisasi.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil tindakan penambahbaikan dalam pengurusan tenaga secara berkesan untuk mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutama serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian dengan melaksanakan pendekatan-pendekatan penjimatan tenaga.

Sehubungan dengan itu, pendekatan UPSI dalam perlaksanaan penjimatan tenaga melibatkan dua proses iaitu pelaksanaan langkah penjimatan tenaga tanpa kos dan juga langkah penjimatan secara retrofit (melibatkan kos pelaburan).

LANGKAH PENJIMATAN TANPA KOS

Bermula tahun 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memulakan tindakan penjimatan tenaga dengan melaksanakan Langkah-Langkah Penjimatan Tanpa Kos. Tindakan adalah seperti berikut :

  1. Mewujudkan Dasar Penjimatan Elektrik UPSI.
  2. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti UPSI.
  3. Mewujudkan Jawatakuasa Pengurusan Tenaga Peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj).
  4. Mewujudkan Unit Kecekapan Tenaga.
  5. Meningkatkan kesedaran penjimatan tenaga di kalangan warga UPSI melalui hebahan emel dan laman web penjimatan, penggunaan sticker dan banner, sambutan program Earth Hour, penetapan suhu ruang tidak kurang 24°C dan lain-lain lagi.
  6. Penetapan semua jadual operasi sistem penyaman udara jenis berpusat (chiller).
  7. Menggunakan Skim Off Peak Tariff Rider (OPTR).

LANGKAH PENJIMATAN SECARA RETROFIT @ PELABURAN

UPSI juga turut melaksanakan penjimatan secara retrofit (melibatkan pelaburan kos) dalam ke arah pendekatan kemampanan pengurusan tenaga elektrik. Tindakan adalah seperti berikut:

  1. Melaksana projek retrofit kepada lampu cekap tenaga seperti lampu T5 dan LED dari semasa ke semasa.
  2. Proses penukaran lampu pagar SL Bulb 18W kepada lampu LED 9W.
  3. Penggunaan sistem hawa dingin jenis berasingan (inverter type) jimat tenaga.
  4. Pelaksanaan Energy Management System (EMS) dalam projek-projek pembangunan dan naiktaraf.