DASAR PENJIMATAN ELEKTRIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Pendidikan Sultan Idris beriltizam untuk mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutama serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian dengan melaksanakan pendekatan-pendekatan penjimatan tenaga seperti berikut :-

  1. Meningkatkan kesedaran pengguna dalam melaksanakan pengawalan tenaga secara optimum dan berkesan.
  2. Menutup suis penyaman udara jika tidak menggunakan ruang berkenaan, mengurangkan penggunaan sistem hawa dingin dan membiasakan dengan suhu bilik tidak kurang dari 24°C yang mencapai zon keselesaan.
  3. Menutup suis lampu apabila tidak menggunakan ruang berkenaan, membuka lampu yang perlu sahaja di ruang berkenaan yang ingin digunakan dan membiasakan dengan penggunaan lampu jenis rendah tenaga dan mencapai kecerahan standard.
  4. Menutup semua komputer, pencetak, monitor dan sebarang peralatan pejabat bila tidak digunakan terutama waktu malam dan cuti hujung minggu.
  5. Memilih peralatan yang cekap tenaga (Energy Star) dengan melihat kepada label dan spesifikasinya.
  6. Membiasakan dengan penyelenggaraan semua peralatan dengan baik dan teratur.
  7. Melaksanakan elemen Energy Management System (EMS) dalam projek baru dan ubahsuai serta proses retrofit bangunan sediada supaya cekap tenaga.
  8. Mengalakkan aktiviti-aktiviti penjimatan seperti program Earth Hour di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) dan juga Universiti.
  9. Mengalakkan perlaksanaan rekabentuk tingkap dan skrin yang dapat menghalang haba dan mengurangkan sialuan dalam usaha mengurangkan amalan penggunaan tirai tingkap untuk menyokong usaha mengoptimumkan pengunaan cahaya siang ke dalam ruang kerja.
  10. Mengalakkan bahagian dalaman ruang kerja yang berwarna lembut, dinding sekat lutsinar dan susunatur pejabat yang sesuai akan dapat memainkan peranan penting dalam membina persekitaran kerja hidup dan menyenangkan.

Dasar ini menjadi asas dan panduan kepada universiti untuk menambahbaik dalam pengurusan tenaga secara berkesan dan kerjasama serta komitmen dari semua pihak amatlah diharapkan.

Dasar ini telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Kali Ke-1 Bil. 1/2011 bertarikh 20 September 2011.