Berita Terkini

Makluman Penutupan Penggunaan Dewan SITC Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Pada 1-3 September 2017

.

.

l upsi

GARIS PANDUAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PENGURUSAN TENAGA PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj)

(1) PENDAHULUAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) komited untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga dan pemuliharaannya di seluruh kampus dengan mengutamakan serta mengamalkan kemampanan serta kelestarian melalui penerapan budaya berhemah dalam penggunaan tenaga serta pengaplikasian teknologi terkini untuk mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera.

(2) OBJEKTIF

  1. Mewujudkan budaya penjimatan di kalangan komuniti kampus dengan menyokong serta menguatkan dasar penjimatan elektrik secara berkesan oleh semua PTj.
  2. Menjadi sebuah universiti yang mengamalkan sistem pengurusan tenaga yang lestari dengan melaksanakan langkah yang tepat bagi mengurangkan penggunaan tenaga melalui budaya berhemah, penyelanggaraan secara berkesan serta penggunaan peralatan yang cekap tenaga.

(3) STRUKTUR ORGANISASI

Pusat Tanggungjawab (PTj) hendaklah membentuk Jawatankuasa Pengurusan Tenaga peringkat PTj berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut;

1. PTj berkenaan mempunyai bangunan/ruang yang khusus yang diduduki.
2. Keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut;

Pengerusi 

Ketua PTj / Timbalan

Setiausaha 

Pegawai P&P / Penolong 

Ahli 

Wakil Pengurusan PTj 

   

Pengurus Tenaga PTj (Pegawai/Pensyarah Gred 41 ke atas)

    Wakil Pensyarah (Jika ada berkaitan)
    Wakil Pembantu Makmal (Jika ada berkaitan)
   

Wakil Pelajar (Jika ada berkaitan)

3. Surat perlantikan perlu ditandatangani oleh Ketua PTj.
4. Pusat Tanggungjawab (PTj) juga perlu melantik Pengurus Tenaga di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Peringkat PTj dalam pelaporan penggunaan tenaga dan juga pelaksanaan pemantauan program dan aktiviti penjimatan tenaga. Pengurus Tenaga Peringkat PTj yang dilantik hendaklah terdiri daripada pegawai/pensyarah gred 41 ke atas bagi membolehkan pengurus tenaga tersebut menghadiri cadangan perancangan latihan kompetensi pengurus tenaga bertauliah (Certified Energy Manager).

(4) BIDANG KUASA DAN FUNGSI

  1. Pelaksanaan kempen kesedaran penjimatan elektrik diperingkat PTj/fakulti.
  2. Merancang dan melaksanakan aktiviti/program kesedaran kepada pengguna dalam pengawalan penggunaan tenaga secara berkesan dan optima.
  3. Memantau penggunaan tenaga elektrik di peringkat PTj/fakulti berdasarkan kepada bil-bil yang diterima oleh pihak PTj/fakulti (bagi bangunan-bangunan yang diletakkan di bawah penyeliaan PTj/fakulti berkenaan).
  4. Mengkaji semula keberkesanan program-program kesedaran dan tindakan penjimatan tenaga dari masa ke semasa.
  5. Menggalakkan aktiviti atau program yang memberi kesan terhadap penjimatan elektrik.
  6. Mengkaji dasar penjimatan elektrik dan membuat cadangan kepada Jawatankuasa Penjimatan Utiliti UPSI (jika ada).
  7. Melapor dan memberi cadangan (kertas kerja/garis panduan/prosedur) sebarang tindakan penambahbaikan kepada Jawatakuasa Penjimatan Utiliti UPSI bagi tujuan mengurangkan perbelanjaan Universiti.
  8. Membantu Jawatakuasa Penjimatan Utiliti UPSI dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan penjimatan tenaga elektrik.

(5) KEKOSONGAN JAWATANKUASA

Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan anggota-anggota jawatankuasa, kekosongan itu hendaklah diisi seorang yang dilantik dengan cara yang sama sebagaimana anggota jawatakuasa terdahulu yang perletakan jawatannya atau selainnya telah mewujudkan kekosongan itu.

(6) KEKERAPAN MESYUARAT JAWATANKUASA, NOTIS DAN AGENDA

Sesuatu jawatankuasa pengurusan tenaga yang telah ditubuhkan hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada 3 kali setahun.

Tiap-tiap anggota jawatankuasa hendaklah diberi notis bertulis yang munasabah mengenai apa-apa mesyuarat jawatankuasa beserta dengan suatu salinan agenda mesyuarat itu yang dilampirkan pada notis itu.

(7) PERKARA YANG HENDAK DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT

Hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan penjimatan tenaga boleh dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat sesuatu jawatan pengurusan tenaga di peringkat PTj.

(8) MINIT MESYUARAT

Suatu salinan minit tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa pengurusan tenaga peringkat PTj hendaklah dihantar kepada urusetia untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jk Penjimatan utiliti.

(9) PANDUAN FORMAT MESYUARAT (Sekadar rujukan sahaja)

  1. Aluan pengerusi mesyuarat.
  2. Pengesahan minit mesyuarat.
  3. Perkara berbangkit dan memorandum pelaksanaan.
  4. Laporan penggunaan elektrik di bangunan kawalan PTj.
  5. Pengawalan dan pemantauan penggunaan elektrik peringkat PTj.
  6. Kempen penjimatan peringkat PTj.
  7. Hal-hal lain.
  8. Penutup.

update version 22-2-2017